⚽ TAHNIAH DAN SYABAS!⚽
Sekali lagi.. sukacita dimaklumkan bahawa seorang murid SK Pulai telah berjaya terpilih untuk mewakili Negeri Melaka ke Kejohanan Bola Sepak MSSM Peringkat Kebangsaan 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Muhammad Zarif Naufal bin Zulkarnain (6 IK) atas pencapaian yang amat membanggakan ini.
Lebih membanggakan, beliau merupakan satu-satunya wakil dari Daerah Jasin yang terpilih mewakili Negeri Melaka ke kejohanan berprestij ini. ????????✨
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid SK Pulai untuk terus berusaha, mengembangkan bakat dan mengharumkan nama sekolah serta daerah di persada yang lebih tinggi.
Selamat berjuang, Zarif!????????⚽
Semoga terus cemerlang dan berjaya membawa nama Melaka dan SK Pulai dengan penuh kebanggaan! ????