???? PROGRAM LAWATAN SEKITAR MELAKA & JAMUAN AKHIR TAHUN 6 SK PULAI 2026 ????
Alhamdulillah, Program Lawatan Sekitar Melaka dan Jamuan Akhir Tahun 6 SK Pulai 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu, 18 November 2026.
Antara pengisian program termasuklah lawatan ke Perigi Hang Tuah, aktiviti rekreasi dan terapi air di Bayou Lagoon, solat Zohor di Masjid Selat Melaka serta Jamuan Hi-Tea di Hotel Kingston.
Program ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah, mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dan guru serta mencipta kenangan manis buat murid-murid Tahun 6 sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga segala pengalaman dan kenangan yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan anak-anak Tahun 6 SK Pulai. ❤️
SK PULAI CEMERLANG!