11 Mac 2026 | Rabu
Dewan Umar al-Khattab
Prasekolah Sk Pulai dengan kerjasama Guru Pratikum IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menjalankan *Projek Baca dan Cipta : "Keluarga Prihatin, Bumi Terpelihara"* melibatkan 57 orang murid prasekolah termasuk prasekolah integrasi dan juga ibu bapa serta penjaga.
Projek ini melibatkan slot Baca Bersama, slot aktiviti menghasilkan kraftangan barangan terpakai bersama penjaga dan yang terakhir slot sudut pameran hasil kerja.
Majlis Perasmian Penutup telah dijalankan oleh En. Mazli bin Mazlan, Guru Besar Sk Pulai.