???? KEJOHANAN RAGBI PULAI MINOTAUR 7’S BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT KEBANGSAAN ????
Dengan penuh bangga dimaklumkan bahawa sekolah kami merupakan penganjur bagi Kejohanan Ragbi Pulai Minotaur 7’s Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
???? Tarikh: Sabtu, 25 April 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi – 6.00 petang
???? Tempat: Minotaur Arena, Padang SK Pulai
Kejohanan ini akan menghimpunkan pasukan ragbi bawah 12 tahun dari seluruh negeri untuk berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan.
???? Jom ramai-ramai hadir memeriahkan kejohanan ini! Sokongan daripada warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat amat bermakna dalam menaikkan semangat para atlet muda yang bertanding.
Datanglah memberi sorakan dan sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding serta sama-sama kita meriahkan suasana kejohanan ini!
Jumpa anda di sana! ????????
#PulaiMinotaur7s
#Team1Dream
#SokongRagbiMuda
#SemangatKesukanan