• Main
  • News

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 30 & 31 Oktober 2026, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM) telah mengadakan Kejohanan Waja Diri Tunas dan Remaja ( KWDTR) peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan. Seorang pelajar * Sek Ren Keb Pulai bernama Nur Aqilah Nasuha binti Arsad dari Kelas 5 IR * telah terpilih untuk mewakili negeri Melaka bagi kategori Tunas Puteri (cawangan) ke kejohanan tersebut.

Kejohanan dijalankan dalam 4 kategori iaitu Kategori 1 ( senaman kaedah dan buah asas), kategori 2 (adegan sepasang), kategori 3 (umum buah asas) dan kategori 4 (senaman tabata bermuzik)

Berikut adalah pencapaian yang telah diraih oleh beliau:

A) kategori 1 - Naib Johan
???? kategori 2 - Johan
C) kategori 3 - Naib Johan
D) kategori 4 - Pasukan Harapan

Pencapaian keseluruhan : Naib Johan kategori Tunas Puteri Peringkat kebangsaan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nur Aqilah Nasuha atas pencapaian yang membanggakan ini.

Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir atas kerjasama yang diberikan kepada pelajar ini untuk menyertai kejohanan tersebut.