???? MAKLUMAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAI KALI KE-34 (2026)
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.
Tuan/Puan ibu bapa dan penjaga yang dihormati,
Dengan segala hormatnya, pihak Sekolah Kebangsaan Pulai menjemput tuan/puan untuk hadir memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulai Kali Ke-34 seperti ketetapan berikut:
???? Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
???? Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
???? Tempat: Padang SK Pulai
Majlis akan dirasmikan oleh:
YBhg. Datuk Khalid Bin Lambak
Penaung PIBG Sekolah Kebangsaan Pulai
Pelbagai acara menarik akan dipertandingkan termasuk:
????♂️ Acara balapan 100 meter
????♀️ Larian berganti-ganti 4×100 meter
???? Acara PPKI
???? Sukaneka Prasekolah, Tahun 1 & 2
???????????? Sukaneka Khas Ibu Bapa
???? Turut disediakan hadiah menarik serta cabutan bertuah untuk para pengunjung.
Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memberi semangat kepada anak-anak serta memeriahkan kejohanan ini.
“Sekian, terima kasih.”????????