• Main
  • News

Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (mssd)

Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (mssd)

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) JASIN 2026

Tarikh : 7 – 8 Julai 2026
Massa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SK Kemendor

Pasukan bola sepak SK Pulai telah menghantar sebuah pasukan bagi menyertai kejohanan ini sebagai platform pendedahan kompetitif serta memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid.

LAPORAN PERLAWANAN & PENCAPAIAN

• Peringkat Kumpulan: Pasukan memulakan saingan dengan aksi yang sangat bertenaga dan baik. Berikut adalah keputusan perlawanan di peringkat Kumpulan:-
i) SK Pulai VS SK Chinchin – menang 6 – 0
ii) SK Pulai VS Seri Mendapat – menang 2 – 0
iii) SK Pulai VS SJKT Merlimau – menang 7 – 0

• Peringkat Seterusnya: Pasukan melayakkan diri ke peringkat Pusingan Kedua dan bertemu dengan SK Tehel. Keputusannya; SK Pulai layak ke suku akhir dengan jaringan 2 – 0.

• Perlawanan suku akhir: SK Pulai bertemu SK Kemendor dan berkesudahan SK Pulai layak ke separuh akhir dengan jaringan 2 – 1.

• Perlawanan separuh akhir; SK Pulai bertemu SK Merlimau 1 dan tewas tipis 1 – 0.

• Keputusan Keseluruhan: Pasukan SK Pulai menamatkan kejohanan di kedudukan tempat ketiga Bersama.

Tahniah kepada pasukan Bola Sepak SK Pulai.