• Main
  • News

Terbuka Kepada Anak2 Tahap 2 Sk Pulai..

Terbuka Kepada Anak2 Tahap 2 Sk Pulai..

Terbuka kepada anak2 Tahap 2 SK PULAI..
Mari sertai program ini.. anak-anak sangat digalakkan untuk dapatkan mata PAJSK peringkat kebangsaan.

????Gunakan ID DELIMa anak2.. jika lupa boleh semak di https://bit.ly/carianiddelimaskpulai

⏰Kuiz bermula 5-6 Okt 2025
????Klik pada link Zon Selatan

PUSAT SUMBER SK GONG TOK NASEK DENGAN KERJASAMA PPD KUALA TERENGGANU DAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) MENGANJURKAN KUIZ AI & DIGITAL MINDA CILIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

*RUJUKAN KELULUSAN BSKK KPM : KPM. 600-12/1/1 Jld.45(68)*

Info KUIZ AI & DIGITAL MINDA CILIK :

???? Semua murid sekolah KPM perlu membuat menggunakan ID DELIMa untuk menjawab kuiz ini.

????Link Kuiz Digital Minda Cilik diberi mengikut zon/ kategori sekolah.

???? Kuiz akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 5 dan 6 hb Oktober 2025 sahaja.

???? Masa untuk menjawab adalah fleksibel bermula jam 8.00 pagi pada 5 Oktober 2025 sehingga jam 11.59 malam pada 6 Oktober 2025.

???? Penyertaan adalah PERCUMA

???? Manfaat penglibatan: Mata pelibatan PAJSK Peringkat Kebangsaan.

????Sukacita dimaklumkan bahawa Kuiz AI & Digital Minda Cilik bertujuan untuk :

* Memberi peluang kepada murid-murid dari luar SK Gong Tok Nasek agar dapat bersama-sama menyertai kuiz ini dari jarak jauh secara dalam talian.
* Mendedahkan murid kepada pengetahuan dalam bidang digital dan teknologi di seluruh Malaysia
* Merapatkan jurang Pendidikan digital di Malaysia di samping meningkatkan penggunaan ID DELIMa dalam kalangan murid sekolah KPM

???? Kuiz ini adalah terbuka untuk tahap 2 (tahun 4 hingga 6) dan bukanlah pertandingan. Justeru pihak penganjur amat berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan pengetahuan semasa berkaitan bidang digital dan teknologi pendidikan secara umum sepanjang sesi ini.

???? Apabila menyertai kuiz ini, semua peserta akan menerima sijil penyertaan melalui email masing-masing. Mohon pastikan guna EMAIL DELIMA semasa menjawab kuiz.

???? Selamat Mencuba!!

Zon Timur (Kelantan/ Terengganu/ Pahang)

https://forms.gle/KPKvZdNXghuKNNV96

Zon Utara (Perak/P. Pinang/ Kedah/ Perlis)

https://forms.gle/sVZF57K3uW6bVtAZ6

Zon Selatan (Negeri Sembilan/ Johor/ Melaka)

https://forms.gle/T3ZwDXYbdmQ9o2JE8

Zon Tengah (Selangor/ WP Putrajaya/ WP Persekutuan)

https://forms.gle/p5oRkidiV7Ky2GuPA

Zon (Sabah/ Sarawak/ WP Labuan)

https://forms.gle/aTCbkop8eE4sXb2r5

Join telegram kami

https://t.me/kuizdigitalmindacilik

SELAMAT MENJAWAB

TERIMA KASIH