Pertandingan Bridge Building
11.02.2026 SMK Datuk Bendaraha,Jasin
TAHNIAH diucapkan kepada dua orang murid Tahun 6 SK Pulai ;
1. Muhammad Ar-Rayyan Amsyar 6IK
2. Muhammad Husni 6IR
yang telah menyertai Pertandingan Bridge Building Peringkat Negeri Melaka sempena program STEMfinity In Me: Bendahara Digital TVET Innovation Showcase 2026 yang berlangsung di SMK Datuk Bendahara.
Alhamdulillah, Pasukan SK Pulai berjaya meraih tempat NAIB JOHAN ????dalam pertandingan tersebut.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing, cikgu hanim atas dedikasi, bimbingan serta komitmen yang diberikan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Pulai dan terus menyemarakkan kecemerlangan dalam bidang STEM dan inovasi. ????