???? Tahniah dan Syabas! ????
Warga Sekolah Kebangsaan Pulai merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Syarizki bin Abdullah dan Muhammad Harith bin Mohd Faizal dari kelas 6 Ibnu Sina atas kejayaan terpilih mewakili Negeri Melaka dalam Kejohanan Ragbi MSSM Bawah 12 Tahun 2026.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta membuktikan bahawa murid SK Pulai mampu bersaing dan menyerlah di peringkat yang lebih tinggi. Semoga kedua-dua murid terus menunjukkan prestasi cemerlang, bersemangat tinggi serta mempamerkan nilai kesukanan yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.
Seluruh warga SK Pulai mendoakan agar Muhammad Syarizki dan Muhammad Harith diberikan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam menggalas cabaran mewakili Melaka.
Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah, daerah serta negeri Melaka! ????????✨
#SKPulaiGemilang
#MSSM2026
#RagbiBawah12Tahun
#TeamMelaka
#AnakPulaiHebat
#KebanggaanSKPulai
#MelakaMajuJaya ????❤️????????