• Main
  • News

Tahniah Dan Syabas Kepada Atlet Olahraga Sekolah!

Tahniah Dan Syabas Kepada Atlet Olahraga Sekolah!

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ATLET OLAHRAGA SEKOLAH!

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Jasin 2026.

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JASIN KALI KE 9 2026
30 JUN - 3 JULAI 2025
STADIUM UTEM MELAKA

PENCAPAIAN TERBAIK: 1 Emas ???? 5 Gangsa????

• Muhammad Qaireen Ziqri Bin Mohd Khalis 6IR– pingat Emas acara Lompat Tinggi B12 dan pingat Gangsa acara 80 meter lari berpagar.
• Nurul Zahirah Binti Mohd Nizam-Pingat Gangsa 100 meter perempuan B12 dan Gangsa 200 meter perempuan B12.
• Qaseh Daneella Binti Mat Tahir 5IK– pingat Gangsa acara lompat tinggi perempuan B12
• Qashrina Qaisarah Binti Azni 5IS-pingat Gangsa acara 80 meter lari berpagar perempuan B12

Turut diberikan penghargaan kepada semua atlet yang telah terpilih mewakili sekolah. Walaupun ada yang belum berjaya menaiki podium, keberanian, semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan. Penyertaan anda merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna dan menjadi pengalaman berharga untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Guru Besar, barisan pentadbir,barisan jurulatih, guru pengiring, guru-guru rumah sukan,ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada para atlet.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas buat semua atlet! Anda kebanggaan sekolah.